Masa Itu Emas

Selamat Datang

Assalamualaikum,.. dan Selamat Sejahtera,..

Kepada anak-anak semua, saya mengalu-alukan kedatangan anda semua melawati laman web ini. Saya berharap anda akan menggunakan laman web ini dengan sebaiknya bagi tujuan memahirkan diri dengan ICT dan dunia internet. Apabila menulis pendapat atau apa sahaja mesej, karanglah dengan elok dan bersopan. Semoga anda semua mendapat manfaat yang berguna daripada inovasi ini.
Kepada semua pelawat, saya berharap tuan-tuan dapat memberikan sebarang cadangan dan pendapat bagi memperbaiki kelemahan atau kesilapan kami. Dan panjang-panjangkanlah laman ini kepada anak murid mahupun anak-anak tuan. Kami mengalu-alukan penglibatan daripada semua pihak dalam mencapai wawasan Falsafah Pendidikan Negara, PIPP dan Wawasan 2020.

Pn. Hajjah Hamidah Nordin
Guru Besar SK Kampong Chamek

Monday, August 18, 2008

SOLAT HAJAT DAN YASIN UPSR


Khamis, 14hb Ogos 2008. Program Bacaan Yasin Dan Solat Hajat UPSR telah dilaksanakan oleh pihak sekolah dengan kerjasama pengurusan Masjid Jamek Kg Melayu Chamek dan PIBG di Masjid Jamek Kg Melayu Chamek pada jam 7:15 mlm. Majlis bermula dengan Solat Maghrib berjamaah dan seterusnya Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat UPSR. Disusuli pula jamuan yang telah disumbangkan oleh beberapa orang ibu bapa. Majlis telah diimamkan oleh Tn. Hj. Misman Bin Hj. Mokmin dan diimarahkan lagi oleh jamaah masjid.
Pihak sekolah amat menghargai semua sumbangan dan kerjasama yang dihulurkan dan diberikan oleh semua pihak. Adalah diharapkan murid-murid yang mengambil peperiksaan UPSR tahun ini dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang dan berjaya dengan cemerlang.

Papan Borak


PENDAFTARAN ALUMNI

Nama
Alamat email:
Alamat Laman Web/Blog
Alamat sekarang/surat menyurat
Bidang Pekerjaan / Kerjaya
Jawatan Dalam Kerjaya
Nama Sekolah Menengah
Nama IPTA / IPTS
Cadangan Kepada Alumni

free forms

Web ini diuruselia oleh:

Web ini diuruselia oleh: